PENGENALAN
Tingkah laku merupakan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang individu. Tingkah laku merupakan tindakan yang boleh diperhatikan, diukur dan dinilai, dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala pengurusan tingkah laku merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial. Ini bermakna tanpa perubahan tingkah laku, pembelajaran tidak akan berlaku. Dalam hal pembelajaran, perubahan tingkah laku menjadi kayu ukur bagi menentukan sama individu tersebut telah mempelajari sesuatu yang baru atau tidak dan samada positif atau negatif. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu perancangan untuk memodifikasi tingkah laku bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas. Pelajar seperti ini boleh dikatakan sebagai pelajar yang kurang bermotivasi. Ini akan memberi kesan kepada pelajar lain dan sesi pembelajaran. Oleh itu, bagi menghalang tindakan ini daripada terus mempengaruhi prestasi sekolah, pengurusan tingkah laku perlu dilakukan agar pelajar dapat bertindak dengan sewajarnya.
PERATURAN DAN DISIPLIN PELAJAR
Peraturan adalah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia. Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada pelajar-pelajar bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Matlamat disiplin adalah menjadikan pelajar manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Ini penting bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik dan progresif. Menurut Abdullah Sani(2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi indvidu daripada segi intelek, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.
a) Disiplin
- Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
- Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.
b) Pengurusan Disiplin
Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.
c) Tanggungjawab pengetua / Guru-guru
1. “Vicarious Liability” – bertanggungjawab secara
langsung terhadap semua perkara di sekolah
yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap
murid-murid.
2. Umumnya – mendidik, menjaga dan “duty of care”.
3. Penyeliaan di Bilik Darjah – perlu menyelia dan
memastikan keselamatan dan mengambil langkah
proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar
munasabah.
4. Pengetua – mengambil maklum dokumen
undang-undang, berkongsi / menyebarluas,
mengingatkan staf secara konsisten dan perlu
memastikan guru mahir / tahu.
5. Guru – “In-loco parentis” / tanggungjawab seperti. Ibu bapa.
Cuai boleh didakwa.
d) PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN DI SEKOLAH
1.Tindakan yang betul
a) Diberitahu – kesalahan & hukuman
b) Keterangan bela diri
c) Kemuka Rayuan - didengari
d) Jatuh hukuman dengan adil.
2.Rujuk – Buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas
3.Elak hukuman – tidak tepat, mendera menjatuhkan maruah & tidak ikut surat pekeliling ikhtisas
ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)
“Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah”
dan bagi maksud itu hendaklah
“mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.”
Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Kuasa-Kuasa guru besar)
- Bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid,guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat
Peraturan 7 : PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR
- Guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasake semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagimaksud itu tetapi yang disebut di atas itu tidak seorangpun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana guru selain guru berdaftar.
Peraturan 9 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: Kuasa pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.
Peraturan 10 : Rayuan
(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut :
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
Peraturan 11 : Catatan dibuang sekolah dalam Sijil Berhenti Sekolah
(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut :
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
PERATURAN 12 : Peraturan masuk balik sekolah
Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya)
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar.
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar.
PEKELILING IKTHISAS
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.” “….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”
SURAT PEK.IKHTISAS BIL:
7/2003Kuasa Guru Merotan Murid
• Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.
• Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
TEORI PUNCA SALAH LAKU PELAJAR
1. Fungsi
à Pelajar tidak mengetahui peranannya, iaitu, sebagai individu yang perlu menuntut ilmu. Oleh kerana itu, mereka merasakan tidak mempunyai tanggungjawab sehingga melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan diri mereka. Teori fungsionalisme menganggap golongan ini adalah sebagai disfungsi pada stuktur sosial.
2. Konflik
à Masalah ini berlaku apabila golongan tertindas melakukan tindakan terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, keadaan ini selalu berlaku adalah disebabkan mangsa buli yang meyimpan dendam terhadap golongan pembuli sehingga melakukan tindakan tidak terkawal.
3. Sonomi
à Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat bahawa masalah disiplin disebabkan dari budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi (pencabutan,kehilangan) selalu berpunca dari kekurangan dan kelemahan emosi. Sebagai contoh, pelajar yang gagal dalam sesuatu mata pelajaran yang memberi tekanan kepada pelajar tersebut.
PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. Salah laku devian merupakan bentuk tingkah laku atau devian merupakan bentuk tingkah laku yang menyimpang daripada norma-norma sosial masyarakat. Mereka yang devian di sekolah adalah mereka yang melanggar peraturan semasa di sekolah.
STRATEGI BAGI MENGATASI MASALAH DISIPLIN PEAJAR DI SEKOLAH
BIL
|
KAEDAH
|
PENERANGAN
|
1.
|
Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif
|
· Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulangi tingkah laku operan ini akan bertambah.
· Contoh: peneguhan positif - memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai dilakukan.
· Contoh: peneguhan negatif - menghalau pelajar yang membuat bising keluar kelas dengan tujuan tingkah laku itu dihapuskan supaya pelajar lain boleh belajar.
|
2.
|
Denda
|
· Untuk menghentikan tingkah laku yang tidak diingini.
· Hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja kemudian tingkah laku biasanya akan diulangi.
|
3.
|
Reverse Psychology
|
· Menggunakan psikologi untuk memodifikasi tingkah laku negatif kepada positif.
· Teknik ini memerlukan kemahiran guru dalam memahami psikologi pelajar yang berkenaan serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamnya.
|
4.
|
Shaping
|
· Proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat dengan tindak balas yang diharapkan.
|
5.
|
Kontrak (llisan dan bertulis)
|
· Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.
· Menandatangani kontrak secara formal di hadapan orang yang disanjung. Sebagai contoh, Guru Besar meyakinkan pelajar bahawa dia perlu memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan.
|
No comments:
Post a Comment