Saturday 20 April 2019

TOPIK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Apa itu PENGURUSAN ?

⏩ Pengurusan membawa maksud kerja menguruskan sesuatu perkara secara berterusan.


Apa itu PEMBELAJARAN ?

⏩ Pembelajaran bermaksud proses belajar sesuatu perkara yang baru.



Pengurusan dan pembelajaran melibatkan proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha untuk mewujudkan sesuatu perubahan dalam diri seseorang yang tidak disebabkan oleh pertumbuhan.

Strategi Pengurusan Pembelajaran

  1. Berpusatkan Guru

      ↬ Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.

      ↬ Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.

      ↬ Contoh : kuliah, membuat latihan atau soalan, penghafalan, pembentangan dan                                           sebagainya.

    Image result for guru mengajar dalam kelas    Image result for guru mengajar dalam kelas

    2. Berpusatkan Pelajar
   ↬ Pelajar mengambil ahli sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia             dapat mempelajarinya.

    ↬ Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancang sama           ada secara individu, kumpulan keci atau kelas.

    ↬ Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak                         dijalankan secara keseluruhan kelas.

Image result for guru mengajar dalam kelas   Related image


    3. Berpusatkan Bahan

          ↬ Guru menggunakan bahan seperti buku, bahan lukisan, komputer, pusat sumber dan                 sebagainya untuk menjalankan pengajarannya.

          ↬ Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian                                       perancangan.

          ↬ Guru berperanan sebagai pembimbing.

Image result for guru mengajar dalam kelasImage result for guru mengajar dalam kelas

 

Kaedah Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar

  • Kaedah pendekatan pengurusan dan pembelajaran yang berkait dengan model prinsip dan teori pembelajaran.
  • Kaedah demonstrasi digunakan untuk melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah.
  • Menggunakan kaedah set induksi yang baik dan mampu menarik minat pelajar.



Masalah Yang Dihadapi Pelajar

  • Ransangan  ↠  Contoh: Rangsangan dalaman adalah motivasi, kesedaran, minat dan kesungguhan belajar serta tanggapan awal. Rangsangan luaran pula seperti suasana persekitaran, masa, kemudahan atau tempat belajar, ibubapa, rakan-rakan dan guru.
  • Tumpuan Perhatian  ↠  Meliputi masalah peribadi, masalah kesihatan, gangguan rakan sekelas, tidak mendapat gambaran sebenar dan tidak berminat terhadap topik dan guru.
  • Ransangan Pengetahuan  ↠   Tidak mempunyai kemahiran asas yang kukuh dan pengetahuan sedia ada.
  • Penyimpan Ingatan dan Ingatan Kembali  ↠   Gaya pembelajaran yang tidak efektif, sikap dan tabiat pelajar, nota yang tidak efektif dan tiada ulangkaji. Ingatan kembali seperti membuat ulangkaji pembelajaran, pemahaman dan sebagainya.

RUMUSAN


Kesimpulannya, profesion pengajar adalah tugas professional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan kemahiran-kemahiran yang penting seperti kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan dan lain-lain. Seorang guru yang baik adalah mereka yang mampu menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kemampuan para guru dalam pengurusan dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar.
   

No comments:

Post a Comment