Saturday 20 April 2019

TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENGENALAN

Tugas seorang guru bukan hanya sebagai seorang pendidik yag hanya mengajar pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Tetapi tugas seorang guru adalah memastikan pelajar mempunyai potensi dari segala aspek, iaitu, intelek, emosi, jasmani dan rohani. Ketiga-tiga aspek ini perlu bergerak seiring. Dari segi emosi, guru perlu memastikan pelajar tidak menghadapi masalah yang boleh mengganggu pelajar tersebut dalam pelajarannya. Oleh itu, sangat penting bagi pihak sekolah bagi memastikan pelajar mempunyai emosi yang baik dan stabil. Nasihat merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat, merancang tindakan dan memperbaiki sikap serta tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu. Penasihat penting di sekolah kerana mampu mengatasi masalah tekanan atau tingkah laku pelajar dimana ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar daripada tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Oleh kerana itu,khidmat kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia bermula pada tahun 1968,ketika itu, ia dikenali sebagai “Khidmat Bimbingan”. Bagi memulakan khidmat bimbingan, seorang pegawai yang memantau khidmat bimbingan mula dilantik di peringkat Kementerian Pelajaran pada tahun 1968 di bawah Payung Bahagia Penyelidikan dan perancangan, Kementerian Malaysia. Kaunseling sebenarnya cuba membentuk kesihatan mental supaya pelajar berasa selelsa dengan diri sendiri, berfikiran positif terhadap orang lain dan keupayaan diri sendiri. Kaunseling penting bagi membantu seseorang itu dari segi motivasi dan juga strategi yang betul dalam melakukan sesuatu. Di setiap sekolah mempunyai satu organisasi bagi membimbing dan memberi kauseling yang dikenali sebagai Kelab Bimbingan dan Kaunseling bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar. Organisasi tersebut perlulah mempunyai kawalan dan mengurus dengan teratur agar objektif yang ditetapkan tercapai. Sesetengah sekolah menganggap kelab ini kurang mempunyai fungsi dan ini menyebabkan organisasi kelab di sekolah itu tidak dijalankan seperti yang dirancang.  
CONTOH ORGANISASI BIMBINGAN & KAUNSELING
Image result for contoh organisasi bimbingan dan kaunseling



PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENASIHAT
KAUNSELING
Fokus kepada permasalahan yang dihadapi
Fokus kepada individu bermasalah
Boleh dilakukan oleh sesiapa
Dillaksanakan oleh individu yang telah dilatih khusus dalam bidang kaunseling
Masa yang singkat
Lebih banyak masa yang diperlukan
Tindakan tidak dipantau oleh penasihat
Tindakan dipantau secara berterusan


PERANAN GURU DALAM MEMBIMBING PELAJAR

Di sekolah, guru merupakan seorang yang penting dalam membentuk seseorang pelajar yang berjaya. Guru membimbing pelajar untuk menghadapi cabaran dan halangan hidup pada masa hadapan. Tanpa mereka sukar untuk membentuk pelajar yang berpotensi. Selain itu, setiap pelajar mempunyai minat dan kemahiran yang tersendiri dan guru berperanan untuk memastikan bakat dan kemahiran yang diperolehi itu diasah dan boleh digunakan pada masa hadapan. Sesetengah pelajar juga sukar untuk membuat keputusan dalam kehidupannya menyebabkan mereka salah dalam membuat pilihan. Ini merupakan tugas seorang guru bagi memastikan pelajar membuat keputusan yang terbaik buat diri mereka. Masalah-masalah ini sering dihadapi oleh pelajar, oleh itu, pelbagai pendekatan yang telah dilakukan untuk membantu pelajar-pelajar di sekolah bagi mengatasi kemelut dan permasalahan yang dihadapi mereka. Antaranya adalah melalui kaedah bimbingan,penasihatan dan mentoring.

          1)  PENASIHATAN

      ü  Merupakan proses menasihati individu atau kumpulan. Ia merupakan satu proses yang berfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi dalam diri individu yang bermasalah. Ia merupakan bentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini merupakan individu yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Keadah ini adalah kaedah yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

          2)  BIMBINGAN

       ü  Bimbingan merupakan satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang terbaik dari segi peribadi, sosial, akademik dan kerjaya. Ia juga merupakan satu proses untuk mebantu pelajar menentukan dan membuat sesuatu keputusan dalam hidup mereka. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar menghadapi kesukaran dalam menentukan aliran yang harus dipillih untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dan guru membuat keputuan berdasarkan minat dan kebaikan yang diperolehi pelajar tersebut. Di sini peranan guru penting bagi meyakinkan pelajar dengan keputusan yang dibuat. Selain itu, ia juga membimbing pelajar menghadapi kehidupan disekeliling dan hakikat kehidupan dan berusaha mengharunginya.

          3) MENTORING

     ü Merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional (terlatih dan beretika, berkemahiran dan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu.

       ü  Proses yang melibatkan :
·         Mentor
·         Mentee

Mentor
  • Biasanya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Jelasnya, perkataan mentor membawa maksud seorang rakan yang boleh dipercayai, kaunselor atau guru. Tugasnya adalah memberi tunjuk ajar kepada mentee dalam sebarang perkara.


Mentee
  • Merupakan individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengalaam dan berpengetahuan bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepda mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam aspek akademik mahupun peribadi.



KESAN KETIADAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN


Kemerosotan displin pelajar-pelajar:

·         Golongan remaja dikaitkan dengan perkembangan tahap remaja yang dilalui.
·         Mengalami krisis identiti, iaitu, mencari identiti yang sesuai.
·         Disebabkan gagal menyelesaikan krisis, mereka mempamerkan tingkah laku nakal.

Kemerootan akademik pelajar-pelajar:

·         Masalah akademik tidak dapat dirungkaikan dengan betul.
·         Murid tidak dapat berkongsi masalah disebabkan tiada pihak dapat membantu.

Sekolah akan dianggap tidak lengkap:

·   Fungsi sesebuah sekolah terutama sekolah menengah tidak lengkap jika tidak wujud perkhidmatan kaunseling di sekolah.

Tiada sokongan moral kepada murid:

·       Pelajar memerlukan sokongan moral dalam bentuk pujian dan kasih sayang.
·   Dorongan serta galakkan yang diberikan kepada pelajar  akan meningkatkan prestasi seseorang pelajar.



RUMUSAN



Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan maklumat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.

No comments:

Post a Comment