Saturday 20 April 2019

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN

           Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu tindakan yang diambil oleh seseorang guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar untuk mencapai tahap keselesaan pelajar tersebut. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang baik dapat meningkatkan akademik, sosial dan emosi pelajar. Selain itu, Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan pilihan guru untuk mewujudkan suasana kelas yang seronok atau tidak bagi murid belajar. Penyusunan fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta peminjaman cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti.

Peranan Guru

Related image   Image result for menghias bilik darjah
             1. Guru berperanan sebagai pengelola

v  Tujuan utama : untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran
v  Hal ini demikian kerana keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran para pelajar.

             2. Mengurus persekitaran pengajaran dan pembelajaran

v  Menyediakan ruang aktiviti secara berkumpulan atau membuat simulasi
v  Melaksanakan aktiviti pembelajaran di luar kelas bagi menarik minat para pelajar untuk belajar serta mengelakkan pelajar daridapa berasa bosan dalam kelas.
v  Memastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat seperti

             3. Mengurus para pelajar

v  Memastikan para pelajar menjalankan tugas-tugas mereka mengikut jadual bertugas.
v  Mengurus para pelajar supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah 
v  Menguruskan keadaan fizikal blik darjah supaya menjadi lebih kondusif utk aktiviti P&P.



Faktor pengurusan bilik darjah

Image result for faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah

Ø  Faktor Fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah tersebut. Sebagai contoh, kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidik, suasana fizikal sekolah kondusif adalah faktor yang penting dalam usaha meningkatkan keberkesanana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah.

Ø  Faktor Sosial merujuk kepada hubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Contohnya, murid yang mempunyai sifat pendiam tidak suka bergaul dengan murid yang lain.

Ø  Faktor Emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap pemimpin dan guru mereka. Sifat-sifat yang ditunjukkan oleh guru di dalam kelas akan mempengaruhi suasana emosi yang akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid. Sebagai contohnya, guru yang bersifat agresif akan menimbulkan suasana emosi kegelisahan di kalangan murid.


RUMUSAN

   Kesimpulannya, sebagai seorang guru hendaklah mengetahui apakah itu sebenarnya pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai dan kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, seorang guru juga perlu bijak dalam pengurusan bilik darjah supaya tidak wujud masalah dalam proses pegajaran dan pepbelajaran dan juga masalah disiplin dalam bilik darjah.

No comments:

Post a Comment