Apakah maksud interaksi?
- Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.
- Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
J
· Apakah maksud pengurusan?
- Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
· Apakah maksud pembelajaran?
- Perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran.
PIHAK YANG TERLIBAT????
ü Guru
ü Murid
ü Ibu bapa
Aspek yang merangkumi pengurusan pembelajaran
Ø Dalam bilik darjah
- Guru ↔ Pelajar
Ø Luar bilik darjah
- Guru ↔ Guru
- Guru ↔ Pelajar
- Guru ↔ Ibu Bapa
Jenis Interaksi Pengurusan Pembelajaran
- Interaksi satu hala
Interaksi ini merupakan interaksi yang memerlukan seorang individu nmenyampaikan maklumat tanpa perlu menerima respon dari individu lain.Interaksi ini digunakan semasa memberi seuatu penerangan seperti seorang guru memberi penerangan mengenai sesuatu topik yang dipelajari.Interaksi ini merupakan interaksi yang kurang aktif dimana interaksi yang memfokuskan kepada guru sahaja.Interaksi ini adalah penting bagi memastikan peajar dapat menuntut ilmu terlebih dahuu sebelum terdapat perkara yang tidak difahami semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
2 2. Interaksi dua hala
Interaksi ini meibatkan dua atau lebih individu daam berkomunikasi.Ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru.Intekasi ini digunakan semasa pelajar mengajukan soalan mengenai topik yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Ini adalah sangat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran dengan baik supaya objektif dan matlamat RPH guru dapat dicapai.Interaksi antara pelajar juga merupakan interaksi dua hala dimana pelajar dapat mempelajari sesuatu dari peajar lain.
3.Interaksi dua hala kumpulan
Interaksi ini merupakan interaksi dimana guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi,main perasaan,pendekatan kumpulan ,perbincangan,ujikaji dan kaedah penyelesian masalah.Ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru kerana interaksi ini meruakan interaksi aktif dimana peranan pelajar digunakan secra optimum
:
Konsep cara tingkatkan interaksi
⇒ Guru haruslah mempunyai sikap adil, yakin, profesional, toleransi dan bertanggungjawab.
RUMUSAN
Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah amatlah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru seharusnya menguasai kemahiran komunikasi dan interaksi supaya kelas yang kondusif serta aktif dapat diwujudkan. Dengan itu, murid-murid akan lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka.
No comments:
Post a Comment