Saturday 20 April 2019

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENDAHULUAN

Pengurusan Pelbagai Budaya ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada 3 komponen utama yang terdiri daripada kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Pelbagai budaya dapat didefinisikan menurut kamus Dewan Edisi Keempat iaitu bermaksud pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya) dan sifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju(akal budi). Pelbagai budaya juga dapat didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan dalam kelompok dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. Mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Related image


Terdapat beberapa isi penting di dalam topik ini antaranya ialah kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Perbezaan Individu dalam konsep pelbagai budaya ini manusia memang berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Banyak perbezaan di kalangan pelajar iaitu dari segi bangsa, agama, taraf keluarga, gender. Ianya juga melibatkan golongan minoriti – orang kurang upaya, golongan minoriti (orang asli). Kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah ini pula Sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.

Seterusnya, pendidikan pelbagai budaya pula dapat dibahagikan kepada tujuan, prinsip, konsep, matlamat, dan andaian. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa(OKU), golongan minoriti dan orientasi seksual. Dari segi prinsip pula, seharusnya memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri kolompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat. Matlamat pendidikan pelbagai budaya pula ialah matlamat asas hendaklah untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat berfungsi dalam  masyarakat pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan “keadilan sosial”. Juga dipanggil “cross-culture” atau “multicultural skills”  (pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk mengujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap segala jenis perbezaan.

Akhir sekali, terdapat beberapa implikasi dan cabaran. Pendidikan adalah satu proses evolusi yang berubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah.

        1. Program perguruan asas/pra perkhidmatan dimana sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah.

         2. Melalui kursus dan perkhidmatan dimana kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan    untuk membantu para guru menangani perubahan secara   berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran serta aspek perubahan, penguasaan kemahiran baru dan peneguhan kemahiran yang sedia ada.

      3. Program pengembangan staf berpusatkan sekolah. Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu sebenar dalam konteks kerja yang sebenar.



RUMUSAN

Pengurusan budaya penting dalam mewujudkan suasana keadaan sekolah yang harmoni. Guru merupakan pendidik yang sangat penting untuk menjayakan sesebuah pembentukan. Tanpa peranan mereka masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi malah sebarang perubahan yang dijalankan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Seseorang guru perlulah bersikap terbuka dan berusaha untuk mengenali pelajar yang pelbagai. Pelajar belajar dengan apa yang dilihat dan diajar daripada guru. Hal itu demikian guru perlu mempunyai sikap “multicultural”. Dalam sesebuah organisasi itu sendiri tidak bekerja seorang diri. Tugas dan peranan seseorang itu tetap diperlukan dan terlibat sama.  

No comments:

Post a Comment