Pengertian Sosiologi
Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.
Perspektif Sosiologi
Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku, masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.
Mikro : Berkait rapat dengan Teori Interaksionisme Simbolik (kajian temu bual)
Makro : Berkait rapat dengan Teori Fungsionalisme & Teori Konflik (soalan kaji selidik / questionnaire
Definisi Sosiologi
Sosiologi dapat didefinisikan sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996). Manakala menurut Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan kajian sainstifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, berbentuk organisasi dan lain-lain.
1. Teori Fungsionalisme
🔺Teori Fungsionisme Dalam Pendidikan
Contoh :
Dalam sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk & bagaimana setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi & matlamat yang telah ditetapkan.
2. Teori Konflik
🔺Teori Konflik Dalam Pendidikan
Contoh :
Guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.
3. Teori Interaksionisme Simbolik
🔺Teori Interaksionisme Simbolik Dalam Pendidikan
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro. Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme & konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.
RUMUSAN
Sosiologi melibatkan manusia, oleh itu, skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan pula dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh itu, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuk sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.
|
No comments:
Post a Comment