Saturday 20 April 2019

TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



Related image


Dalam bab ini membincangkan tentang sekolah dan persekitaran. Sekolah didefinisikan sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Hal ini demikian kerana sekolah dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak murid. Sekolah berfungsi terbatas pada beberapa kecekapan seperti membaca, menulis dan berhitung kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat maka ibu bapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah.

Hubungan sekolah dengan masyarakat menjelaskan bahawa sekolah memberikan peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagi ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini demikian kerana sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Sekolah sebagai seseuah organisasi dan institusi yang dinamik yang mana ia terbuka dan komples serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.


Image result for gambar sekolah dengan persekitaran yang cantik


Selain itu, persekitaran pula bermaksud suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sebuah sekolah. Hal ini demikian kerana persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah contohnya reka bentuk bilik darjah, kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Image result for bilik darjah

Image result for bilik darjah

Kebersihan persekitaran dan sekolah amat penting kerana ianya memberi impak yang besar kepada sekolah dan melambangkan imej sekolah yang terbaik. Jika persekitaran dan sekolah yang kotor dan tidak sistematik maka masyarakat di luar sana akan memandang rendah terhadap prestasi sekolah dan tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Oleh itu, pihak sekolah perlu memastikan setiap kawasan sekolah dalam keadaan yang baik dan kondusif bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan interaksi yang aman dan sejahtera.


Image result for sebab perlu menjaga kebersihan sekolah



Related image

Gambar rajah 1

Melalui gambar rajah 1 di atas kita dapat melihat bahawa persekitaran juga memainkan peranan yang penting dan sangat mempengaruhi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang baik menjadikan semangat kepada guru dan murid dalam menghadirkan diri ke sekolah. Selain itu, dapat membantu dan meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti.


RUMUSAN

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan sekolah dan persekitaran berada dalam suasana yang selamat, bersih, kondusif dan dapat memberikan manfaat kepada orang di sekeliling. Suasana persekitaran sekolah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana persekitaran sekolah mempengaruhi perkembangan pelajar. Pengaruh sekolah memainkan peranan utama selepas keluarga dalam pembentukan personaliti. Guru perlulah memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid dapat belajar dalam persekitaran yang selesa agar dapat membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan. 

No comments:

Post a Comment