Saturday 20 April 2019

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Pengertian Sosiologi


Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.


Perspektif Sosiologi


Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku, masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.



Mikro : Berkait rapat dengan Teori Interaksionisme Simbolik (kajian temu bual)
Makro : Berkait rapat dengan Teori Fungsionalisme & Teori Konflik (soalan kaji selidik / questionnaire


Definisi Sosiologi
Sosiologi dapat didefinisikan sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996). Manakala menurut Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan kajian sainstifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, berbentuk organisasi dan lain-lain.



1. Teori Fungsionalisme


  • Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
  • Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
  • Brinkerhoff & White (1989) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi.

🔺Teori Fungsionisme Dalam Pendidikan

  • Mengikut teori ini, tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak- dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat.
  • Menurut Durkheim (1961), nilai moral merupakan asas peraturan sosial & masyarakat yang disemai dalam kanak-kanak melalui sistem pendidikan.
  • Teori ini menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.
Contoh :

Dalam sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk & bagaimana setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi & matlamat yang telah ditetapkan.



2. Teori Konflik

  • Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)
  • Teori ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
  • Mengkritik golongan kapitalisme yang memiliki kuasa untuk mencipta peraturan khususnya untuk melindungi kepentingan diri.
  • Menimbulkan persoalan sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.


🔺Teori Konflik Dalam Pendidikan

  • Max Weber (1964-1920) telah mengaikan teori konflik dengan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa funsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya.
  • Hubungan antara kuasa & kepentingan akan menimbulkan konflik antara individu & kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut.
  • Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.
Contoh :
Guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.



3. Teori Interaksionisme Simbolik

  • Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)
  • Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar.
  • Asas penting teori Interaksionisme Simbolik :
  1. Mengkaji makna simbolik
  2. Mengkaji makna yang tersirat secara subjektif


🔺Teori Interaksionisme Simbolik Dalam Pendidikan

Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro. Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme & konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.



RUMUSAN


Sosiologi melibatkan manusia, oleh itu, skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan pula dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh itu, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuk sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

INTERAKSI DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Apakah maksud interaksi?

  • Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.
  • Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
J


·        Apakah maksud pengurusan?
  •  Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.


·        Apakah maksud pembelajaran?
  •      Perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran.
  •        Menurut Murphy dan Alexander (2006), pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh suatu kefahaman dan mengubah kefahaman tertentu tentang sesuatu yang telah dipelajari.    

PIHAK YANG TERLIBAT????
ü  Guru

ü  Murid

ü  Ibu bapa

     Aspek yang merangkumi pengurusan pembelajaran

      Ø  Dalam bilik darjah
  •        Guru ↔ Pelajar
      Ø  Luar bilik darjah
    •       Guru ↔ Guru
    •       Guru ↔ Pelajar
    •       Guru ↔ Ibu Bapa

Jenis Interaksi Pengurusan Pembelajaran

  1.       Interaksi satu hala

           Image result for interaksi SEHALA
  Interaksi ini merupakan interaksi yang memerlukan seorang individu nmenyampaikan maklumat tanpa perlu menerima respon dari individu lain.Interaksi ini digunakan  semasa  memberi seuatu penerangan seperti seorang guru memberi penerangan mengenai sesuatu topik yang dipelajari.Interaksi ini merupakan interaksi yang kurang aktif dimana interaksi yang memfokuskan kepada guru sahaja.Interaksi ini adalah penting bagi memastikan peajar dapat menuntut ilmu terlebih dahuu sebelum terdapat perkara yang tidak difahami semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

2               2. Interaksi dua hala

            Image result for interaksi dua hala kumpulan
     Interaksi ini meibatkan dua atau lebih individu daam berkomunikasi.Ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru.Intekasi ini digunakan semasa pelajar mengajukan soalan mengenai topik yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Ini adalah sangat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran dengan baik supaya objektif dan matlamat RPH guru dapat dicapai.Interaksi antara pelajar juga merupakan interaksi dua hala dimana pelajar dapat mempelajari sesuatu dari peajar lain.

                  3.Interaksi dua hala kumpulan 
     
            Image result for interaksi dua hala kumpulan
     Interaksi ini merupakan interaksi dimana guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi,main perasaan,pendekatan kumpulan ,perbincangan,ujikaji dan kaedah penyelesian masalah.Ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru kerana interaksi ini meruakan interaksi aktif dimana peranan pelajar digunakan secra optimum

:    
       Konsep cara tingkatkan interaksi
     

      ⇒ Guru haruslah mempunyai sikap adil, yakin, profesional, toleransi dan bertanggungjawab.



      RUMUSAN


         Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah amatlah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru seharusnya menguasai kemahiran komunikasi dan interaksi supaya kelas yang kondusif serta aktif dapat diwujudkan. Dengan itu, murid-murid akan lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka.

TOPIK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Apa itu PENGURUSAN ?

⏩ Pengurusan membawa maksud kerja menguruskan sesuatu perkara secara berterusan.


Apa itu PEMBELAJARAN ?

⏩ Pembelajaran bermaksud proses belajar sesuatu perkara yang baru.



Pengurusan dan pembelajaran melibatkan proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha untuk mewujudkan sesuatu perubahan dalam diri seseorang yang tidak disebabkan oleh pertumbuhan.

Strategi Pengurusan Pembelajaran

  1. Berpusatkan Guru

      ↬ Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.

      ↬ Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.

      ↬ Contoh : kuliah, membuat latihan atau soalan, penghafalan, pembentangan dan                                           sebagainya.

    Image result for guru mengajar dalam kelas    Image result for guru mengajar dalam kelas

    2. Berpusatkan Pelajar
   ↬ Pelajar mengambil ahli sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia             dapat mempelajarinya.

    ↬ Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancang sama           ada secara individu, kumpulan keci atau kelas.

    ↬ Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak                         dijalankan secara keseluruhan kelas.

Image result for guru mengajar dalam kelas   Related image


    3. Berpusatkan Bahan

          ↬ Guru menggunakan bahan seperti buku, bahan lukisan, komputer, pusat sumber dan                 sebagainya untuk menjalankan pengajarannya.

          ↬ Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian                                       perancangan.

          ↬ Guru berperanan sebagai pembimbing.

Image result for guru mengajar dalam kelasImage result for guru mengajar dalam kelas

 

Kaedah Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar

  • Kaedah pendekatan pengurusan dan pembelajaran yang berkait dengan model prinsip dan teori pembelajaran.
  • Kaedah demonstrasi digunakan untuk melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah.
  • Menggunakan kaedah set induksi yang baik dan mampu menarik minat pelajar.



Masalah Yang Dihadapi Pelajar

  • Ransangan  ↠  Contoh: Rangsangan dalaman adalah motivasi, kesedaran, minat dan kesungguhan belajar serta tanggapan awal. Rangsangan luaran pula seperti suasana persekitaran, masa, kemudahan atau tempat belajar, ibubapa, rakan-rakan dan guru.
  • Tumpuan Perhatian  ↠  Meliputi masalah peribadi, masalah kesihatan, gangguan rakan sekelas, tidak mendapat gambaran sebenar dan tidak berminat terhadap topik dan guru.
  • Ransangan Pengetahuan  ↠   Tidak mempunyai kemahiran asas yang kukuh dan pengetahuan sedia ada.
  • Penyimpan Ingatan dan Ingatan Kembali  ↠   Gaya pembelajaran yang tidak efektif, sikap dan tabiat pelajar, nota yang tidak efektif dan tiada ulangkaji. Ingatan kembali seperti membuat ulangkaji pembelajaran, pemahaman dan sebagainya.

RUMUSAN


Kesimpulannya, profesion pengajar adalah tugas professional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan kemahiran-kemahiran yang penting seperti kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan dan lain-lain. Seorang guru yang baik adalah mereka yang mampu menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kemampuan para guru dalam pengurusan dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar.
   

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Pendahuluan

Organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Manakala, kepimpinan bermaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. Dalam konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditarifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sisitem dan sumber yang diiktiktirafkan oleh komuniti tersebut.

5 Komponen utama dalam pentadbiran di sekolah

1. Pengetua

  • Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
  • Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
  • Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.1,

2. Penolong Kanan Pentadbiran

  • Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
  • Merancang dan menyediakan jadual waktu dan guru ganti.
  • Menyelia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan pelajar.

3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM)

  • Membantu Pengetua dalam pengurusan disiplin murid seperti menyelaraskan tugas dan aktiviti Lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah.
  • Mengurus kebajikan, keselamatan dan kesihatan pelajar di sekolah.
  • Mengurus hal ehwal murid dan kebajikan pelajar.
  • Mengurus pendaftaran dan penyaluran murid.

4. Penolong Kanan Ko-kurikulum

  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam aspek pengurusan kokurikulum.
  • Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
  • Membantu Pengetua di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum di sekolah
  • Merancang pembangunan kokurikulum dan menyelaraskan semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan serta unit beruniform.

5. Guru Kanan Bidang

  • Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kurikulum yang berkaitan dengan bidang.
  • Membantu Pengetua menyediakan dan menilai keberkesanan P&P yang berkaitan dengan bidang.
  • Mengadakan program peningkatan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar.
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidang.


Contoh Struktur Organisasi :

Image result for CONTOH ORGANISASI PENTADBIRAN SEKOLAH SEKOLAH

Gaya Kepimpinan

Terdapat tiga (3) jenis gaya kepimpinan yang perlu ada pada setiap lima komponen utama dalam pentadbiran di sekolah :

          1. Transformasional

               ⇒ merupakan gaya dimana pekerja diberi kuasa untuk menjalankan tugas yang tertentu serta                             diberi kuasa untuk membuat keputusan setelah mereka benar-benar mahir. 

          2. Transaksional

                  ⇒ pemimpin yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah                                         organisasi. 

          3. Instruksional

                  ⇒ gaya ini memerlukan ketua untuk menetapkan matlamat yang jelas, mengurus kurikulum,                                 memantau rancangan pelajaran, memperuntukkan sumber dan menilai guru secara teratur. 




Rumusan

    Kesimpulannya, kepimpinan adalah amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi terutamanya sekolah. Di dalam organisasi ada ahli-ahli seperti para guru yang menyokong dan memberi bantuan serta mengikuti arahan pemimpinnya iaitu Pengetua dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, Pengetua berperanan sebagai pemimpin manakala setiap guru mempunyai peranan masing-masing semasa berada di sekolah mengikut bidang masing – masing.



TOPIK 5: PENGURUSAN MURID

Image result for pengurusan murid

Pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Manakala, murid pula bermaksud seseorang yang menuntut imu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Manakala, murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah.

                       Terdapat tiga(3) isi penting yang perlu difokuskan daripada topik ini. Antaranya adalah memotivasikan pelajar merupakan bantuan yang dilakukan melalui guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata semangat kepada pelajar untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita mereka. Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Terdapat dua(2) jenis peneguhan motivasi iaitu, sama ada positif atau negatif.

Image result for peneguhan positif dan negatif

                         Manakala bagi tujuan pengurusan rekod murid di sekolah adalah memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah, kemaskini profil murid, mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar, menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI) serta sebagai satu panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka malah rekod tersebut juga sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

     Image result for jasmani emosi rohani sosial


                               Seterusnya, kesediaan pelajar ini merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza antara setiap murid. Kesediaan pelajar ini merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza antara setiap murid.

    Image result for kognitif afektif dan psikomotor
    1. Aspek Kognitif - kesediaan mental seseorang untuk memahami, memikir dan menakul dalam keadaan pembelajaran yang baru.
    2. Aspek Afektif - dari segi keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran.
    3. Aspek Psikomotor - merangkumi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot aktiviti fizikal. Hal ini bermaksud kesediaan untuk melakukan aktiviti fizikal dalam proses pembelajaran yang baru.

    RUMUSAN

    Kesimpulannya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran di sekolah akan berjalan dengan lancar. Rekod pelajar juga merupakan cara terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar ke arah yang lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu, para guru dan ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam membantu pihak sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid.

    TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

    PENGENALAN

               Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu tindakan yang diambil oleh seseorang guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar untuk mencapai tahap keselesaan pelajar tersebut. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang baik dapat meningkatkan akademik, sosial dan emosi pelajar. Selain itu, Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan pilihan guru untuk mewujudkan suasana kelas yang seronok atau tidak bagi murid belajar. Penyusunan fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta peminjaman cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti.

    Peranan Guru

    Related image   Image result for menghias bilik darjah
                 1. Guru berperanan sebagai pengelola

    v  Tujuan utama : untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran
    v  Hal ini demikian kerana keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran para pelajar.

                 2. Mengurus persekitaran pengajaran dan pembelajaran

    v  Menyediakan ruang aktiviti secara berkumpulan atau membuat simulasi
    v  Melaksanakan aktiviti pembelajaran di luar kelas bagi menarik minat para pelajar untuk belajar serta mengelakkan pelajar daridapa berasa bosan dalam kelas.
    v  Memastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat seperti

                 3. Mengurus para pelajar

    v  Memastikan para pelajar menjalankan tugas-tugas mereka mengikut jadual bertugas.
    v  Mengurus para pelajar supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah 
    v  Menguruskan keadaan fizikal blik darjah supaya menjadi lebih kondusif utk aktiviti P&P.



    Faktor pengurusan bilik darjah

    Image result for faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah

    Ø  Faktor Fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah tersebut. Sebagai contoh, kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidik, suasana fizikal sekolah kondusif adalah faktor yang penting dalam usaha meningkatkan keberkesanana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah.

    Ø  Faktor Sosial merujuk kepada hubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Contohnya, murid yang mempunyai sifat pendiam tidak suka bergaul dengan murid yang lain.

    Ø  Faktor Emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap pemimpin dan guru mereka. Sifat-sifat yang ditunjukkan oleh guru di dalam kelas akan mempengaruhi suasana emosi yang akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid. Sebagai contohnya, guru yang bersifat agresif akan menimbulkan suasana emosi kegelisahan di kalangan murid.


    RUMUSAN

       Kesimpulannya, sebagai seorang guru hendaklah mengetahui apakah itu sebenarnya pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai dan kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, seorang guru juga perlu bijak dalam pengurusan bilik darjah supaya tidak wujud masalah dalam proses pegajaran dan pepbelajaran dan juga masalah disiplin dalam bilik darjah.

    TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER

    PENGENALAN

    Pengurusan sumber merupakan satu proses mengawal, mengelolakan dan mengurus sesuatu bahan yang disediakan bagi melaksanakan sesuatu pembelajaran. Setiap sekolah dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset, audio, pita video, perisian multimedia dan internet.Guru perlulah menguasai kemahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya hasil yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Setelah mengenalpasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yaNg paling berkesan untuk digunakan didalam bilik darjah. Disamping itu juga, guru perlulah mahir menggunakan bahan-bahan dengan mendapatkan hasil pengajaran yang terbaik.

    Selain itu, terdapat sumber-sumber yang disediakan di sekolah untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk lebih memahami sesuatu pembelajaran.Antaranya adalah  perpustakan sekolah, makmal sains, makmal komputer dan sebagainya. Sumber-sumber ini penting bagi meningkatkan kemahiran seseorang pelajar. Sebagai contoh, setelah guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai sesuatu topik, guru perlulah membawa pelajar ke makmal sains untuk membolehkan pelajar  lebih mamahami topik tersebut melalui aktiviti amali yang berlaitan dengan topik tersebut. Oleh itu, pengurusan sumber-sumber ini perlulah diuruskan dengan baik supaya dapat sentiasa digunakan oleh pelajar untuk memperolehi ilmu tambahan dimana pelajar bukan hanya belajar menggunakan buku dan belajar didalam kelas sahaja.


    KONSEP PEMBELAJARAN BERASAKAN SUMBER

    Sumber bermaksud asal atau punca. Dalam pendidikan, sumber adalah bahan dan alatan yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan . Pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu. Sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang-dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran.

      Image result for konsep pembelajaran berasaskan sumber



    PERANAN DAN FUNGSI SUMBER PEMBELAJARAN

    Tidak dinafikan bahawa sumber merupakan satu bahan yang penting bagi memudahkan pelajar untuk memahami sesutau topik dengan lebih mudah. Salah satu sumber pembelajaran adalah pusat sumber sekolah. Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau sejumlah ruangan yang mempunyai banyak koleksi buku yang dipelihara dengan baik dan digunakan oleh masyarakat. Selain itu, pusat sumber juga merupakan pusat media, pusat pelajar, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat rujukan. Pusat sumber berkembang dengan pesat dengan pelbagai fungsi  dan peranan  mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi  maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya. Pusat sumber sekolah mempunyai peranan yang sangat penting, antaranya:

    Image result for pusat sumber

    1)    Pusat kegiatan belajar dan mengajar.
    •       Para guru dan pelajar akan  sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan-bahan yang bersesuaian bagi  membuat persediaan. Dalam proses pengajaran di bilik darjah, pelbagai sumber rujukan di pusat sumber juga dapat membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran  mereka dan mencari bahan rujukan tambahan untuk meningkatkan kefahaman atau menambahkan  maklumat yang telah didapati di dalam kelas. Pelajar tidak dapat mengetahui dengan mendalam sesuatu pelajaran itu jika hanya bergantung pada guru sahaja tanpa membuat rujukan tambahan.


    2)    Mengisi masa lapang.
    •          Dengan adanya pusat sumber, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah daripada mereka meluangkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, membeli belah dan sebagainya. Di samping itu juga, mereka boleh berbincang dan melakukan tugasan bersama dengan menggunakan pelbagai rujukan.


    3)  Pusat perkembangan idea dan kreativiti.
    •        Pusat sumber juga pusat mengembangkan  idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber bukan hanya menyediakan buuk-buku rujukan malahan membekalkan pelajar-pelajar bahan yang berinovatif. Ini kerana, pusat sumber yang bergiat aktif selalu menjalankan program yang boleh mencungkil atau mengasah bakat pelajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar.


    4)    Pusat professional.
    •        Program-program yang dijalankan di pusat sumber dapat membantu guru bagi menghasilkan idea yang lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, pusat sumber juga dapat meningkatkan ikhtisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi dan kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah.


    KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN

    Akses merupakan proses  atau cara memperolehi sesuatu data atau maklumat, manakala maklumat pula adalah pemberitahuan atau pengumuman. Pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Oleh yang demikian, para pelajar perlulah memiliki kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran. Terdapat kemahiran yang digariskan untuk memastikan matlamat pembelajaran berasaskan sumber itu tercapai.

    Image result for kemahiran akses sumber


    Terdapat beberapa jenis sumber :


    ·         Sumber berasaskan manusia: Ianya berlaku sekiranya berlaku sesuatu interaksi antara dua atau lebih  pihak.Tetapi maklumat ini tidak dapat terjamin kualiti dan benar.

    ·         Sumber bahan bercetak: Sumber ini mudah diperolehi dan mudah diterima oleh semua pelajar tetapi terdapat beberapa maklumat didalamnya bukan maklumat yang terkini.

    ·          Sumber pandang dengar: Hampir semua mampu memperolehinya dan digunakan pada masa kini tetapi ia merupakan peralatan mudah rosak berbanding buku yang boleh dibaca dimana sahaja tanpa perlu risau mengenai kualitinya.
    Image result for jenis-jenis sumber pembelajaran


    RUMUSAN

             Kesimpulannya, pengurusan sumber terdiri daripada beberapa jenis sumber yang dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.