Tuesday 16 April 2019

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Image result for pengurusan alam pembelajaran

            Pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. 


Related image

Selain itu, guru memainkan peranan penting sebagai pengurus. Hal ini demikian kerana tugas guru sebagai mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 


Image result for guru mengajar dalam bilik darjah

Tambahan pula, guru perlu membentuk suasana yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana guru perlu bijak dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Guru perlu menghasilkan motivasi yang berkesan kepada pelajar dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dengan lebih mudah dan efektif. Persekitaran alam pembelajaran yang menyeronokkan merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran. 

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas. Pengurusan alam pembelajaran sangat penting supaya sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar dan tidak timbul isi guru terlebih atau terkurang semasa mengajar subjek tersebut. Pengurusan alam pembelajaran perlu dititikberatkan supaya para pelajar dapat mencapai objektif proses pengajaran dan pembelajaran. Segala pemindahan maklumat akan berjalan dengan lancar sekaligus meningkatkan prestasi para pelajar. 

No comments:

Post a Comment