Saturday 20 April 2019

TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER

PENGENALAN

Pengurusan sumber merupakan satu proses mengawal, mengelolakan dan mengurus sesuatu bahan yang disediakan bagi melaksanakan sesuatu pembelajaran. Setiap sekolah dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset, audio, pita video, perisian multimedia dan internet.Guru perlulah menguasai kemahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya hasil yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Setelah mengenalpasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yaNg paling berkesan untuk digunakan didalam bilik darjah. Disamping itu juga, guru perlulah mahir menggunakan bahan-bahan dengan mendapatkan hasil pengajaran yang terbaik.

Selain itu, terdapat sumber-sumber yang disediakan di sekolah untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk lebih memahami sesuatu pembelajaran.Antaranya adalah  perpustakan sekolah, makmal sains, makmal komputer dan sebagainya. Sumber-sumber ini penting bagi meningkatkan kemahiran seseorang pelajar. Sebagai contoh, setelah guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai sesuatu topik, guru perlulah membawa pelajar ke makmal sains untuk membolehkan pelajar  lebih mamahami topik tersebut melalui aktiviti amali yang berlaitan dengan topik tersebut. Oleh itu, pengurusan sumber-sumber ini perlulah diuruskan dengan baik supaya dapat sentiasa digunakan oleh pelajar untuk memperolehi ilmu tambahan dimana pelajar bukan hanya belajar menggunakan buku dan belajar didalam kelas sahaja.


KONSEP PEMBELAJARAN BERASAKAN SUMBER

Sumber bermaksud asal atau punca. Dalam pendidikan, sumber adalah bahan dan alatan yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan . Pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu. Sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang-dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran.

  Image result for konsep pembelajaran berasaskan sumber



PERANAN DAN FUNGSI SUMBER PEMBELAJARAN

Tidak dinafikan bahawa sumber merupakan satu bahan yang penting bagi memudahkan pelajar untuk memahami sesutau topik dengan lebih mudah. Salah satu sumber pembelajaran adalah pusat sumber sekolah. Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau sejumlah ruangan yang mempunyai banyak koleksi buku yang dipelihara dengan baik dan digunakan oleh masyarakat. Selain itu, pusat sumber juga merupakan pusat media, pusat pelajar, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat rujukan. Pusat sumber berkembang dengan pesat dengan pelbagai fungsi  dan peranan  mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi  maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya. Pusat sumber sekolah mempunyai peranan yang sangat penting, antaranya:

Image result for pusat sumber

1)    Pusat kegiatan belajar dan mengajar.
  •       Para guru dan pelajar akan  sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan-bahan yang bersesuaian bagi  membuat persediaan. Dalam proses pengajaran di bilik darjah, pelbagai sumber rujukan di pusat sumber juga dapat membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran  mereka dan mencari bahan rujukan tambahan untuk meningkatkan kefahaman atau menambahkan  maklumat yang telah didapati di dalam kelas. Pelajar tidak dapat mengetahui dengan mendalam sesuatu pelajaran itu jika hanya bergantung pada guru sahaja tanpa membuat rujukan tambahan.


2)    Mengisi masa lapang.
  •          Dengan adanya pusat sumber, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah daripada mereka meluangkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, membeli belah dan sebagainya. Di samping itu juga, mereka boleh berbincang dan melakukan tugasan bersama dengan menggunakan pelbagai rujukan.


3)  Pusat perkembangan idea dan kreativiti.
  •        Pusat sumber juga pusat mengembangkan  idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber bukan hanya menyediakan buuk-buku rujukan malahan membekalkan pelajar-pelajar bahan yang berinovatif. Ini kerana, pusat sumber yang bergiat aktif selalu menjalankan program yang boleh mencungkil atau mengasah bakat pelajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar.


4)    Pusat professional.
  •        Program-program yang dijalankan di pusat sumber dapat membantu guru bagi menghasilkan idea yang lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, pusat sumber juga dapat meningkatkan ikhtisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi dan kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah.


KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN

Akses merupakan proses  atau cara memperolehi sesuatu data atau maklumat, manakala maklumat pula adalah pemberitahuan atau pengumuman. Pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Oleh yang demikian, para pelajar perlulah memiliki kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran. Terdapat kemahiran yang digariskan untuk memastikan matlamat pembelajaran berasaskan sumber itu tercapai.

Image result for kemahiran akses sumber


Terdapat beberapa jenis sumber :


·         Sumber berasaskan manusia: Ianya berlaku sekiranya berlaku sesuatu interaksi antara dua atau lebih  pihak.Tetapi maklumat ini tidak dapat terjamin kualiti dan benar.

·         Sumber bahan bercetak: Sumber ini mudah diperolehi dan mudah diterima oleh semua pelajar tetapi terdapat beberapa maklumat didalamnya bukan maklumat yang terkini.

·          Sumber pandang dengar: Hampir semua mampu memperolehinya dan digunakan pada masa kini tetapi ia merupakan peralatan mudah rosak berbanding buku yang boleh dibaca dimana sahaja tanpa perlu risau mengenai kualitinya.
Image result for jenis-jenis sumber pembelajaran


RUMUSAN

         Kesimpulannya, pengurusan sumber terdiri daripada beberapa jenis sumber yang dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

1 comment:

  1. Casino Games at JT - Mahnomen - MOMI Hub
    JT's online 안성 출장안마 casino is an award-winning casino and entertainment 정읍 출장안마 destination 충청남도 출장샵 in the 강원도 출장마사지 Netherlands. The award winning 광주 출장마사지 games and unique promotions will help

    ReplyDelete