Pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Manakala, murid pula bermaksud seseorang yang menuntut imu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Manakala, murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah.
Terdapat tiga(3) isi penting yang perlu difokuskan daripada topik ini. Antaranya adalah memotivasikan pelajar merupakan bantuan yang dilakukan melalui guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata semangat kepada pelajar untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita mereka. Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Terdapat dua(2) jenis peneguhan motivasi iaitu, sama ada positif atau negatif.
Manakala bagi tujuan pengurusan rekod murid di sekolah adalah memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah, kemaskini profil murid, mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar, menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI) serta sebagai satu panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka malah rekod tersebut juga sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
Seterusnya, kesediaan pelajar ini merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza antara setiap murid. Kesediaan pelajar ini merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza antara setiap murid.
- Aspek Kognitif - kesediaan mental seseorang untuk memahami, memikir dan menakul dalam keadaan pembelajaran yang baru.
- Aspek Afektif - dari segi keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran.
- Aspek Psikomotor - merangkumi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot aktiviti fizikal. Hal ini bermaksud kesediaan untuk melakukan aktiviti fizikal dalam proses pembelajaran yang baru.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran di sekolah akan berjalan dengan lancar. Rekod pelajar juga merupakan cara terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar ke arah yang lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu, para guru dan ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam membantu pihak sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid.
No comments:
Post a Comment