Saturday 20 April 2019

TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

 PENGENALAN

Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Terdapat beberapa bilik pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar, iaitu, bilik darjah ,makmal sains, makmal komputer, studio dan tempat-tempat pembelajaran yang seumpama dengannya. Penekanan dibuat untuk bilik darjah kerana ia merupakan tempat yang selalu digunakan oleh pelajar pada proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlulah memastikan keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus rutin bilik darjah, menguruskan pelajar-pelajar supaya hasil pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Aspek yang penting dalam pengurusan bilik darjah adalah dari segi pengagihan jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja dan memastikan pelajar dapat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan serta mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Seterusnya memastikan pelajar dalam keadaan bersedia bagi proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar mudah memperolehi ilmu yang disampaikan. Bagi bilik pembelajaran lain seperti makmal sains, studio dan makmal komputer, guru perlu memastikan peralatan-peralatan dalam keadaan yang selamat dan boleh digunakan oleh pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini amat penting bagi memastikan pelajar memahami sesuatu pembelajaran dengan baik tanpa ada sebarang gangguan. Selain ltu guru perlu memastikan peralatan disusun dengan baik.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


Sebagai pengurus kepada billik pembelajaran ini, guru mestilah mengetahui persekitaran bilik dan faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut, iaitu :

     1.FAKTOR FIZIKAL

  v  Susunan peralatan dan kemudahan seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan sebagainya memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar. Penyusunan yang baik akan memudahkan interaksi antara pelajar dan guru. Guru boleh menghias bilik pembelajaran dengan carta topik pembelajaran, gambar dan alat bantu mengajar. Dengan ini, hiasan bukan hanya sekadar hiasan lagi, namun pelajar dapat memahami dan menambahkan ilmu pengetahuan dengan menampal sejarah-sejarah, struktur badan manusia, formula matematik dan banyak lagi. Secara tidak langsung, pelajar dapat belajar dan menghafal ilmu tersebut.

Related image


     2. FAKTOR PSIKOSOSIAL

   v  Faktor ini merupakan hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Ini merujuk kepada hubungan pelajar dengan persekitaran billik pembelajaran. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah:

i)  Pendekatan Pengajaran - Pendekatan ini mestilah berpandukan keperluan pelajar.Ini kerana,gaya pembelajaran dan tahap kefahaman serta kecergasan setiap individu adalah berbeza

ii)    Gaya Kepimpinan Guru – Gaya Kepimpinan guru amat memberi kesan kepada pembelajaran. Ada masa guru perlu menggunakan gaya kempimpinan autokratik dan ada masa guru perlu menggunakan gaya kepimpinan demokratik.

iii)   Bentuk Komunikasi – Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru brsikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-murid. Guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami.

iv)  Corak Interaksi – Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan dan tidak menggunakan bahasa yang boleh menyakiti pelajar.



INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

     1. Interaksi satu hala

  • *      Interaksi ini merupakan interaksi yang memerlukan seorang individu nmenyampaikan maklumat tanpa perlu menerima respon dari individu lain. Interaksi ini digunakan  semasa  memberi sesuatu penerangan seperti seorang guru memberi penerangan mengenai sesuatu topik yang dipelajari. Interaksi ini merupakan interaksi yang kurang aktif dimana interaksi yang memfokuskan kepada guru sahaja. Interaksi ini adalah penting bagi memastikan pelajar dapat menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum terdapat perkara yang tidak difahami semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Image result for interaksi dalam bilik darjah


     2.  Interaksi dua hala

  • *    Interaksi ini melibatkan dua atau lebih individu dalam berkomunikasi. Ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru. Intekasi ini digunakan semasa pelajar mengajukan soalan mengenai topik yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sangat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran dengan baik supaya objektif dan matlamat RPH guru dapat dicapai. Interaksi antara pelajar juga merupakan interaksi dua hala dimana pelajar dapat mempelajari sesuatu dari pelajar lain.
Image result for interaksi dalam bilik darjah   Image result for interaksi dua hala kumpulan

     3.  Interaksi pelbagai hala

  • *   Interaksi ini merupakan interaksi dimana guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main perasaan, pendekatan kumpulan , perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesian masalah. Ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru kerana interaksi ini merupakan interaksi aktif dimana peranan pelajar digunakan secara optimum.
Image result for interaksi dalam bilik darjah



PENGURUSAN IKLIM BILIK DARJAH

Sebagai seorang pengurus di dalam bilik darjah, guru perlu memastikan keadaan dan suasana di dalam bilik darjah selesa dan kondusif untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkankan pelajar dapat menuntut ilmu dengan berkesan. Terdapat tiga jenis suasana yang perlu diambil perhatian iaitu:

·         Suasana fizikal
·         Suasana sosial
·         Suasana emosi


Suasana Fizikal


Melibatkan unsur fizikal di dalam kelas seperti kerusi, meja, papan hitam, sudut bacaan dan sebagainya. Guru perlu memastikan bahawa unsur fizikal ini dapat disusun dengan efektif dan kreatif. Contohya, sesebuah kelas tidak boleh diduduki dengan jumlah pelajar yang ramai ini akan menyebabkan guru kurang dapat fokus terhadap pelajar disamping sukar untuk mengawal kelas tersebut. Guru perlu memastikan susunan yang dibuat menggalakkan atau tidak menghalang sesi pengajaran dan pembelajaran.


Suasana Sosial 


Guru perlu memastikan hubungan pelajar di dalam bilik darjah berada dalam keadaan baik dimana memastikan berlaku komunikasi yang baik diantara pelajar dan memastikan agar tidak berlaku perkara tidak diingini seperti buli di dalam bilik darjah. Sekiranya ini berlaku akan memberi kesan kepada pelajar tersebut dimana pelajar akan berasa tertekan. Guru juga boleh mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta pelajar dan pelajar.


  

Suasana Emosi


Suasana ini merupakan suasana yang lebih penting berbanding suasana fizikal dan sosial dimana guru perlu memastikan bilik darjah dalam keadaan yang ceria dimana dapat meningkatkan semangat pelajar untk belajar kerana pembelajaran berpusatkan pelajar. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititiberatkan dalam menjamin suasana emosi di dalam bilik darjah, iaitu, suara, kelucuan, kemesraan, style, penggunaan pujian, kawalan, sikap dan ekspektasi bilik darjah serta kepimpinan dan keadah mengajar.


RUMUSAN

      Strategi pengurusan bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam menjamin kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru haruslah bijak dalam mengatur unsur-unsur fizikal dalam bilik darjah. Ini bukan sahaja penting untuk menjamin iklim pembelajaran yang positif dalam bilik darjah tetapi juga untuk memudahkan interaksi antara guru dan pelajar dan interaksi antara pelajar dan pelajar. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengurus bilik pembelajaran sesuai dengan keperluan semasa.


No comments:

Post a Comment