Saturday 20 April 2019

TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih tertumpu kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang standing dengan individu normal. Sebagai manusia normal, mungkin tidak akan berasa rendah diri kerana kebanyakkan yang dilahir dengan sempurna sehingga segelintir yang sanggup menghina atau mengetepikan orang yang kurang sempurna. Malah, pelajar kurang upaya sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada di kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan standing dengan pelajar yang normal malah kadang kala melebihi mereka.


Image result for guru mengajar dalam kelas


Hak untuk belajar adalah terbuka untuk semua individu tanpa mengira status mereka. Semua individu diciptakan oleh Tuhan dan mempunyai akal dan fikiran yang unik bagi setiap mereka. Justeru itu, kewajiban mereka di dunia adalah untuk belajar dan berpendidikan dalam semua aspek sperti agama, budaya dan sebagainya.

Setiap insan mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti dalam gambar rajah dibawah :
Related image Image result for orang-orang istimewa yang berjaya
Image result for orang-orang istimewa pelukisImage result for oku menjahit

Falsafah Pendidikan Negara yang dirumus dalam tahun 1988 dan disebutkan dalam Akta Pelajaran 1996 sebahagiannya menggariskan, “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan dalam ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahiran insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan” (Abdul Fatah, 2007). Falsafah ini jelas menerangkan matlamat pendidikan negara yang memberikan peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira kaum, pedalaman dan bandar, kebolehan mahupun kecacatan. Selain daripada menumpukan perhatian kepada murid dan pelajar aliran perdana, pihak kerajaan juga tidak meminggirkan murid dan pelajar golongan Orang Kekurangan Upaya (OKU).


Dalam bab ini, ia memfokuskan kepada topik perbincangan iaitu pemulihan, penggayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan penggayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran agar mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, kami dijelaskan dengan maksud topik yang dibincangkan dalam bab ini. Pemulihan merujuk kepada satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Penggayaan pula bermaksud sikap dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Ia juga bermaksud aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa di dalam waktu sekolah atau di luar waktu sekolah. Pelbagai kecerdasan pula merujuk kepada masalah mental yang mana ia bercirikan lambat berfikir, cepat lupa, sukar memhami sesuatu dan lemah pengamatan manakala berkeperluan khas bermaksud murid yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Hal ini demikian kerana murid berkeperluan khas dibahagikan kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. 

Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu:

Related image


Kesimpulannya, semua pihak perlulah memastikan anak-anak kurang upaya untuk tidak ketinggalan dalam pelajaran kerana mereka perlu diberikan perhatian sepenuhnya walaupun mempunyai masalah terutamanya mereka yang mengalami kepelbagian upaya. Cara-cara tersebut boleh dipraktikkan di rumah kerana ia bukan sahaja dapat mengetahui tahap kecerdasan atau perkembangan pembelajaran anak mereka malah boleh mengeratkan hubungan silaturrahim. Anak kurang upaya memerlukan perhatian dari ibu bapa kerana mereka tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada guru.

Image result for kanak-kanak istimewa 

No comments:

Post a Comment