Saturday 20 April 2019

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Pendahuluan

Organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Manakala, kepimpinan bermaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. Dalam konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditarifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sisitem dan sumber yang diiktiktirafkan oleh komuniti tersebut.

5 Komponen utama dalam pentadbiran di sekolah

1. Pengetua

  • Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
  • Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
  • Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.1,

2. Penolong Kanan Pentadbiran

  • Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
  • Merancang dan menyediakan jadual waktu dan guru ganti.
  • Menyelia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan pelajar.

3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM)

  • Membantu Pengetua dalam pengurusan disiplin murid seperti menyelaraskan tugas dan aktiviti Lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah.
  • Mengurus kebajikan, keselamatan dan kesihatan pelajar di sekolah.
  • Mengurus hal ehwal murid dan kebajikan pelajar.
  • Mengurus pendaftaran dan penyaluran murid.

4. Penolong Kanan Ko-kurikulum

  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam aspek pengurusan kokurikulum.
  • Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
  • Membantu Pengetua di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum di sekolah
  • Merancang pembangunan kokurikulum dan menyelaraskan semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan serta unit beruniform.

5. Guru Kanan Bidang

  • Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kurikulum yang berkaitan dengan bidang.
  • Membantu Pengetua menyediakan dan menilai keberkesanan P&P yang berkaitan dengan bidang.
  • Mengadakan program peningkatan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar.
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidang.


Contoh Struktur Organisasi :

Image result for CONTOH ORGANISASI PENTADBIRAN SEKOLAH SEKOLAH

Gaya Kepimpinan

Terdapat tiga (3) jenis gaya kepimpinan yang perlu ada pada setiap lima komponen utama dalam pentadbiran di sekolah :

          1. Transformasional

               ⇒ merupakan gaya dimana pekerja diberi kuasa untuk menjalankan tugas yang tertentu serta                             diberi kuasa untuk membuat keputusan setelah mereka benar-benar mahir. 

          2. Transaksional

                  ⇒ pemimpin yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah                                         organisasi. 

          3. Instruksional

                  ⇒ gaya ini memerlukan ketua untuk menetapkan matlamat yang jelas, mengurus kurikulum,                                 memantau rancangan pelajaran, memperuntukkan sumber dan menilai guru secara teratur. 




Rumusan

    Kesimpulannya, kepimpinan adalah amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi terutamanya sekolah. Di dalam organisasi ada ahli-ahli seperti para guru yang menyokong dan memberi bantuan serta mengikuti arahan pemimpinnya iaitu Pengetua dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, Pengetua berperanan sebagai pemimpin manakala setiap guru mempunyai peranan masing-masing semasa berada di sekolah mengikut bidang masing – masing.



No comments:

Post a Comment